Wednesday, October 22, 2008

simpan pegang seranah caci

aku simpan seranahmu dalam liang telinga
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.

aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.

kerana aku tidak reti untuk mati,
semata2 untuk lidah yang kau sewa dari neraka.

kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.

pernah tak bila kau dimaki orang, yang kau sudah tidak mampu lagi utk berbuat apa2, yang kau senyum sahaja dan terbayangkan di suatu hari nanti bila si mulut cacar itu terpaksa menelan semula bahasanya? oh betapa indah hari kebenaran terongkar.

18 comments:

Ibu said...

aku sudah merasa .. dan sudah pun melihat si pencaci mendapat bahagiannya juga !!! :D sangat bahagia Fynn !!! bila kau tersenyum saat dicaci ... dan kau tersenyum juga saat si pencaci di caci ... bkn oleh kau semestinya !

aysaysdamha said...

sabar.

and god will always be around u.
(:

Anonymous said...

yep.=)

Unknown said...

http://sintawawkafra.blogspot.com/

i wrote something for you.
and i read about ledisordre from puisitepijalan. honestly, he's good.
simple,and very deep at the same time.

email: otamiaw@hotmail.com said...

fynn, thanks for iviting me on stage jammin with you.

have a good trip

finish the comic will ya

thanks

Ad Lee said...

kak fynn, org memaki kamu kerana kamu ini cukup hebat orangnya. dan juga disayangi ramai.

jaga diri, terus utuh dengan pegangan kamu itu. kami disini pasti tolong menahan dinding kamu itu :)

Mohd Farez Abd Wahab said...

ya..kadang kadang makian yang dibalas dengan senyuman adalah lebih tenang...:)

j o j i e said...

assalamualikum kak fynn

karyamu sangat aku kagumi..
ku juga phm..
ku juga sering diberi seranah caci
dan aku jua ikhlas menerimanya..
namun begitu..
sebaliknya..
dlm ini terasa perih ku simpan..
dan ku berdoa jua..
smoga si pencaci itu..
akan dapat merasa..
apa yg aku rasa..
suatu hari nanti..

ochs widdle said...

kak fynn.
gembira bangat ketemu kamu tempoh hari.
bagai terkabul hasrat di hati,
sempena bintang jatuh kan..

puisi kamu banyak membangkitkan aku.
terima kasih sebanyak kali.
harap kita dapat bersua kembali.
=)

btw.puisi kehdpn bintang jatuh itu tiada disini?

Unknown said...

kak fynn nnt abadikan puisi bintang jatuh disini ya..bersama video nya...kamu membuat air mata saya mengalir tenang...bukan saya seorang saja yang gila pada cinta...ianya mmg wujud kan kak fynn?

IAC said...

salam perkenalan fynn!,aku kagumi tulisan kamu,aku ingin belajar dari kamu,jika berkesempatan,lawatilah blog aku saudari,rentetkan sesuatu untuk aku yang baru mengenal arti CINTA,dan tragis ianya telah dibunuh!!!

www.cintabunuhdiri.blogspot.com

Anonymous said...

beb.. khadapan bintang jatuh tu lu buat gk ke?
macamane la lu nih bley terjadik seni plak erk..
sesuatu yg menghairankan akal..

Sue Sham said...

cacimaki umpatkeji telah mnjadikan aku sorg pemikir..tmksh pd mereka..

trimaksh juga pd fynn dn skalian pemuisi..

Luna Abdullah said...

pernah merasa.saya tahu satu hari nnt orang bermulut jahat itu pasti sedar kan kak fynn

twinkle_star said...

:-)
nice blog..
singgah la blog sy

Amiene Rev said...

Yeah!!!

Selalunya orang yang sering dimaki atau dicerca adalah kerana:

Dia berani menyatakan pendiriannya. Sebab orang yang perwira seperti ini pasti mampu bertahan dan diam tidak berbuat apa-apa, tetapi...

orang yang mencaci orang itulah, menyerlahkan kebodohan diri.

baik untuk dia.

Amiene Rev said...

Salam,

Kak fynn ada terbitkan buku berwarna merah hati? dengan latar hitam?

blitzizni said...

senyumlah untuk kuat. saket. luka. berparut. nampak dgn tak nampak saja.